top of page

Sesi Pengajaran Mengikut Ketetapan Anda

Updated: Sep 28, 2021




Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menggunakan aplikasi Ever PdPR membenarkan anda untuk mencipta situasi pengajaran mengikut mod ketetapan anda. Terdiri daripada tiga mod iaitu TERBUKA (terbuka untuk orang ramai), PRIVASI dan DALAMAN, para pendidik boleh memilih mod yang diingini dan menyesuaikan dengan sesi pengajaran mengikut kehendak anda.


Oleh itu, di bawah ini disertakan panduan kepada para guru untuk mencipta sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Ayuh belajar bersama Ever PdPR!


Panduan Untuk Pendidik : Mencipta Sesi Pengajaran dan Pembelajaran

 

Panduan mencipta sesi pengajaran.

Mudah bukan untuk mencipta sesi menggunakan aplikasi Ever PdPR ? Anda hanya perlu memilih salah satu mod sesi mengikut pilihan anda daripada 3 mod sesi yang ditawarkan di aplikasi ini.


Mod "Terbuka" membenarkan semua pengguna melihat sesi anda.

Mod "Privasi" hanya membenarkan orang yang mendapat Kod QR atau pautan menyertai sesi untuk menyertai sesi anda.

Mod "Dalaman" membenarkan anda untuk berkongsi sesi bersama kelas anda sahaja.

Jika terdapat sebarang masalah ketika mencipta sesi pengajaran dan pembelajaran, sila nyatakan isu anda dan emel ke contact@ever-technologies.com .


 

Aplikasi Ever PdPR ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pengguna peringkat sekolah sahaja, ianya boleh digunakan untuk pusat tuisyen. Pengguna bagi peringkat yang lebih tinggi seperti kolej, matrikulasi dan universiti juga dapat memanfaatkan aplikasi ini bagi memudahkan proses pendidikan secara atas talian sekaligus memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam menimba ilmu sepanjang musim pandemik ini.

88 views0 comments
Post: Blog2_Post
bottom of page