• Ever AI Technologies

Ever PdPR Dicipta Untuk SEMUA

Updated: Aug 17



Pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Tahun 2020 menyaksikan pahit getir permulaan pandemik COVID-19 yang menyebabkan jutaan umat manusia terpaksa bekerja dan belajar dari rumah. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan mendepani cabaran keterpaksaan digitalisasi dek kerana pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak boleh dilakukan lagi.


Setahun setengah berlalu ...


PKP yang tiada penghujungnya, ditambah lagi dengan varian mutasi COVID-19 dari negara luar yang mencanakkan lagi kenaikan lengkungan tahap penyebaran virus ini, menyebabkan institusi pendidikan kembali melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


PdPR dan Digitalisasi Institusi Pendidikan



Sumber : https://www.forbes.com/sites/blakemorgan/2020/04/05/is-covid-19-forcing-your-digital-transformation-12-steps-to-move-faster/?sh=10f054f2617b



COVID-19 adalah penyebab utama digital transformasi semakin pesat dilakukan di semua tempat. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid juga terpaksa menjadi lebih tech savvy untuk melaksanakan PdPR dengan lebih berkesan di rumah.


Bukan mudah untuk guru yang sudah terbiasa dengan penggunaan kertas dan pengisian manual untuk beralih kepada platform digital, dan, bukan mudah juga untuk ibu bapa menyediakan keperluan telefon pintar, laptop dan tablet buat sesi PdPR anak-anak mereka.


Oleh sebab itu, begitu ramai murid-murid yang ketinggalan atau keciciran dalam pembelajaran disebabkan oleh PKP dan PdPR yang berterusan ini.


Sumber: https://m.facebook.com/DrMaszleeMalik/photos/a.230666793671268/5492602647477630/?type=3


Di negara-negara membangun seperti Amerika Syarikat, pelbagai aplikasi dibangunkan untuk pembelajaran dan pengajaran di atas talian seperti Google Classroom, Schoology, Talent LMS.

Tetapi, tidak semua aplikasi ini menyokong fungsi pelbagai bahasa terutama sekali Bahasa Melayu, serta ada yang tidak boleh digunakan hanya dengan telefon pintar sahaja. Ada juga yang hanya berfokus kepada guru atau pelajar semata-mata.

Permulaan Ever PdPR


Tercetusnya idea Ever PdPR melalui sistem PdP digital yang digunakan oleh Dr Fairoza, COO kami, sewaktu beliau mengajar di sebuah universiti di Jepun. Sistem PdP tersebut cukup lengkap, di mana pelajar boleh menghantar tugasan melalui sistem tersebut, pensyarah boleh membuat pengumuman dan pengumuman tersebut terus dihantar ke alamat emel pelajar. Segala jenis kuiz, peperiksaan juga boleh dijalankan di dalam talian. Malangnya, sistem ini hanya ada aplikasi web, di mana pelajar perlu membuka laman sesawang ini melalui browser mereka, seperti Google Chrome.


Melihat kepada keberkesanan sistem ini dan kurangnya keperluan pensyarah untuk menghubungi pelajar melalui media sosial, sekaligus memudahkan pensyarah untuk memantau sesi pembelajaran pelajar, Ever AI Technologies terpanggil untuk mencipta aplikasi telefon pintar yang hampir serupa, tetapi lebih mantap, khusus dibuat untuk membantu PdPR.


Aplikasi ini bukan sahaja boleh digunakan oleh guru-guru sekolah, tetapi juga guru-guru tuisyen, tenaga pengajar pusat latihan, malah juga, pengelola webinar.


Hal ini kerana, Ever PdPR mengandungi tiga jenis sesi, iaitu sesi dalaman, sesi umum dan sesi peribadi. Penganjur sesi boleh berkongsi pautan ke sesi, pautan ke bahan-bahan, kuiz, kerja sekolah kepada para pelajar atau peserta sesi.


Maka, bukan guru sekolah sahaja boleh gunakannya, tetapi juga orang awam yang berminat untuk menyebarkan ilmu mereka.


Paling best, ada fungsi pengumuman, maklum balas, auto tanda kehadiran, auto kemasukan pelajar ke dalam sesi, auto penandaan kerja sekolah, auto markah kuiz, data analisa pencapaian murid -murid, dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh memantau perkembangan sesi PdP anak-anak melalui pautan akaun anak-anak. Dengan ini, tidak perlulah guru, ibubapa dan pelajar bergantung sepenuhnya kepada aplikasi sosial seperti Telegram dan WhatsApp, ataupun borang-borang manual.


Kuranglah sedikit notifikasi aplikasi sosial di telefon pintar.


Semak kerja rumah yang dihantar hanya melalui Ever PdPR


Analisa keputusan kuiz


Dan yang paling penting, kami sediakan aplikasi ini PERCUMA untuk semua.


Boleh muat turun di Google Playstore

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.evertechnologies.pdpr_apps.prod


atau di Apple Appstore

https://apps.apple.com/my/app/ever-pdpr/id1560535480


Ever PdPR ni tidaklah sebegitu hebat lagi, namun setidak-tidaknya mengurangkan beban di pundak guru-guru dan mengurangkan kerenyahan PdPR di kalangan ibubapa dan pelajar


Tak lama lagi, akan masuk pelbagai fungsi yang dibantu dengan teknologi kecerdasan buatan. Stay up to date dengan Ever PdPR dengan menyukai laman Facebook kami: https://www.facebook.com/evertechnologies


Nak tahu lebih lanjut? Tonton video YouTube ini https://www.youtube.com/watch?v=ZejoyGJ6W5Y&t=1468s



274 views0 comments

Recent Posts

See All