top of page

Jom Daftar Ever PdPR !

Updated: Sep 12, 2021




Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia saban hari membimbangkan ramai pihak. Bagi mengekang penularan wabak ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengisytiharkan lockdown di seluruh negara dan sekaligus menimbulkan kegusaran kepada ibubapa mengenai isu pendidikan anak-anak dek kerana penutupan sekolah yang berkala.


Oleh itu, kami di Ever AI Technologies telah mengeluarkan satu solusi untuk membantu para guru, pelajar dan juga ibubapa/penjaga agar dapat memanfaatkan proses pembelajaran dan pendidikan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Ever PdPR. Aplikasi yang dicipta secara PERCUMA ini bertujuan untuk memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


Justeru itu, di bawah ini disertakan panduan berajah untuk mendaftar/mencipta profil bagi pengguna yang baru pertama kali ingin menggunakan aplikasi ini.

 

PANDUAN MENDAFTAR AKAUN EVER PdPR


1. Layari laman web https://ever-pdpr.com/#/login dan log masuk menggunakan akaun Ever PdPR anda yang telah didaftarkan.

2. Cipta Profil Pengguna dengan mengisi butiran lengkap di ruangan NAMA PENGGUNA, KATA LALUAN, SAHKAN KATA LALUAN dan EMEL.

3. Klik pada ikon anak panah seperti rajah di bawah dan klik "YA" untuk mengesahkan alamat emel yang dimasukkan pada ruangan Emel adalah betul.

Klik pada ikon anak panah seperti gambar di atas.

4. Buka emel yang digunakan untuk mencipta profil Ever PdPR bagi mengaktifkan akaun dan anda akan menerima mesej seperti tertera di gambar berikut yang menyatakan bahawa akaun Ever PdPR anda telah disahkan. Sila log masuk untuk menggunakan applikasi Ever PdPR.


Mesej pengaktifan berjaya.

5. Jika terdapat sebarang masalah ketika sesi pendaftaran dan pengaktifan akaun, sila nyatakan isu anda dan emel ke contact@ever-technologies.com .

 

Diharapkan dengan penciptaan aplikasi ini, sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan dan masih dapat diteruskan meskipun berhadapan dengan cabaran seperti wabak Covid-19. Keberkesanan dan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia akan memberi impak yang positif bagi kemajuan negara di masa hadapan.






315 views0 comments

Recent Posts

See All
Post: Blog2_Post
bottom of page